Saturday, February 11, 2012

my graduation's day


Assalamualaikum semua. ok memang dah lama rasanya tak update blog ni. kali ni diupdate pon atas alasan cuti semester.sebenarnya banyak sangat nak cerita tapi takde masa nak buat semua tu. nasib baik lah cuti. kalau tak, tak tau lah. and today im gonna share with you a little bit about my graduation's day. actually my graduation has already done by last year on November if im not mistaken. hehe

what I feel on that time? nervous ofcourse! haha terbayang lah macam2. janganlah jatuh kat atas stage nanti yaAllah. dah lah kena pakai high heels. then janganlah topi ni tiba2 jatuh ke time kena tunduk depan cancelor tu nanti, haa macam2  fikir sebelum naik tu.

unfortunately, my family and I was came late to the uitm. this is because of my dad. orang dah cakap start pukul 8. kena sampai sana before 8, 7.30 barulah nak gerak. haa dengan jam nya. 8.10 baru sampai. then dah kelam kabut sebab dorang semua dah masuk dewan. and im still at the parking lot. erghhh. before masuk dewan tu kitaorang semua disusun ikut nama. nama aku dah la huruf F. ofcourse awal2 dah kena panggil. then bila sampai kat pintu masuk dewan, aku dah terlepas jauh. giliran time tu dah huruf M. aku pon terus tanya petugas2 kat situ bagitau yang nama aku huruf F. petugas tu terus je cakap huruf F dah masuk dewan. awak masuk je line dorang ni. aduh! line tu semua lelaki kot mana taknya huruf M. ramai Muhammad. hmmm nak tak nak balon  jelah. malu gila time tu. aku duduk diantara lelaki2. semua pandang, semua tanya. 'aik cik kak dah tukar jantina ke? nama siapa? muhammad nur siti ye?' aduhaiiii.

Dalam hati aku ni cepatlah huruf F cepatlah huruf F. bila giliran E dah habis, ada petugas ni panggil aku tuk keluar. alhamdullilah its my turn! =) bila nama FATEEN NAZIRAH BT JAMSARI disebut je yaAllah macam nak gugur jantung ni. hahahaha over! aku pun terpapar lah dikaca tv ditonton oleh semua orang. keluarlah juga bintang2 yang memberitahu pointer2 kami. kalau ada 3 bintang = dekan every sem. kalau 2 bintang CPGA more than 3.5 kalau 1 bintang CGPA more than 3.0 and if takde bintang yang keluar CGPA less than 3.0

baru lepas keluar dewan. dok cari ibu gn ayah. 



bila dah jumpa dorang terus peluk, first thing ibu cakap ibu nangis time akak naik atas pentas tu. =,) then dapatlah tu tu tu (kiss) hehehehehe penuh wish congratulation congratulation congratulation. thank you so much semua. terharu!



bermulalah sesi pengambaran aku. hahahahha






ni geng aku masa diploma dulu. susah senang kami berempat lah. wawa, dayah, yaya. rindunya kat korang. serius rindu sangat. bila time degree semua dah separate. aku sorang2 kat melaka ni sumpah bosan. no more laughing no more enjoying no more lepaking no more sharing problems, no more study grouping that all i said we are always sticked together wherever we are like before. and now is all about stress stress stress! i got no friends here. hmmm ok lah actually i got some friends here like my classmates, my housemates my coursemates. but they are just friends that we called as 'kawan biasa' im still got no friends that i can call as a bestfriend. no! no one can change you wawa, dayah and yaya. =,( i really miss all of you.



some of the segamatrians. semua muka happy je kan. seronok sangat! =,)
and aku harap aku dapat grad dengan first class upper time grad degree nanti. 
insyaAllah. Allah ada bersama dengan aku. aminn ~

Sunday, December 11, 2011

me LOVE ombak rindu.



Assalamualaikum semua. :)
Korang tengok gambar mesti dah tau pasal apa aku nak ceritakan. hehe aku cuma ingin berkongsi dengan apa yang aku rasa tentang cerita ni. Ramai kat luar sana yang asik bercerita pasal cerita ni, and aku tak ketinggalan jugak untuk menontonnya. mungkin aku adalah orang yang terlambat nak tengok, tapi aku tak kesah semua tu janji aku dapat tengok even lambat. (busy dengan kelas sebab tu lambat tengok)



Dalam rumah ni hanya aku dengan zac je yang belum tengok, semua dah tengok. semua cakap cerita ni tak best. dan akhirnya malam tadi aku dapat jugak tengok cerita ni dek kerana aku memujuk zac dan nazmi menemankan aku tengok cerita ni. then dorang pun dah kesian tengok muka aku yang nak sangat tengok cerita ni kan. hehehe thanks korang. 

respon antara kawan2 yang dah tengok.
Zirin: aten baik ko pergi tengok cepat ! aku confirm kau menangis ! 
Wawa: aten!!! kau dh tengok ombak rindu belum? belum waaa. cepatlah tengok. best gilaa! tapi aku asik gelak2 je tgk cite tu. hahaha tak nangis pon.
Azza: bosan gila lah cerita tu. haa mengantuk aku tengok. T_____T
Zaid: Tolonglah orang gila je menangis tengok ongbak rindu ni. arghhhh whateverrr!

ok ni antara respon2 kawan2 aku yang dah tengok. 
dan bila aku tengok malam tadi dengan ini aku mengisytiharkan yang ombak rindu ni berjaya membuatkan airmataku mengalir. bukan setitis dua titis. tapi bertitis-titis. hahahaha sumpah best gilaa kot. kalau ada 20 bintang aku bagi 20 bintang tu. apa korang nak cakap. cakaplah. aku tak kesah, janji kat sini yang aku nak katakan cerita ni BEST YANG TERAMAT SANGAT!
mungkin cerita ni best bagi perempuan2 macam aku yang berjiwa sensetip. hehe yang hati cepat sangat tersentuh, dan mudah mengalirkan airmata. mungkin lah kan. tapi kawan2 lelaki aku pon ada yang not bad cakap cerita ni best. korang memang cool.hehehe


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Nak tau jalan cerita yang seterusnya baik pergi tengok sendiri.  kalau nak tunggu kat youtube tu pon boleh. janji korang tengok. cerita ni sangat sangat best pada aku. So pada sape2 yang belum tengok cerita ni. pergilah tengok. =)


ni antara serba sedikit jalan cerita ombak rindu.


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi k





Friday, July 1, 2011

Assalamualaikum! Semalam aku saja lah jalan-jalan kat group blogger dekat facebook tu. so tiba-tiba aku macam tertarik dengan entry sorang mamat ni. "UTM bukan UiTM". so sebagai student UiTM yang sangat berwibawa dan berdedikasi,hehe aku pon bukak lah blog dia. dalam entry dia, dia macam tak puas hati lah sebab orang selalu cakap yang dia tu student UiTM sedangkan dia student UTM. yelah, bagi dia standard tak sama. UTM tu top university kat malaysia ni. tu memang aku tak nafikan. memang betol UTM memang ambil student yang result gempak-gempak.




ini UiTM




ini UTM



tapi yang buat aku terkilan bila terbaca ayat dia yg ni:

"Bukan apa, bagi aku la kan...UiTM tu macam 2nd class universiti"


memang berasap bila baca ayat dia yang ni. bagi aku, kalau ye pon dia rasa UiTM ni university low class pon, tak perlu lah dia nak masuk dalam entry macam tu. memanglah bagi dia, itu pendapat dia tapi cuba fikir apa perasaan students UiTM bila baca ni? confirm lah terasa. ye lah, cuba korang letak diri korang dekat tempat students UiTM. apa yg korang rasa? mesti lah rasa macam terhina kan? semua orang tak nak macam tu. memang kita ada pilihan untuk pilih university mana yang kita nak, tapi tengoklah kemampuan diri masing2. kat mana kita belajar sekalipun dah itu rezeki kita. so kita kena lah terima dan jangan lah bangga diri pulak, kutuk university lain.

"Tengok pada standard laaaa, most of the UiTM students adalah intake
yang xley survive kat matrik (intake Disember) and Budak2 lepasan SPM yang tak dapat matrik. "

maybe time dia tulis ni dia tak buat research betol-betol kot. dia main
cakap berdasarkan pengetahuan dia je. aku pon kalau nak diikutkan dapat je masuk matrik dulu berdasarkan pada result aku lah. tapi aku tak isi borang langsung nak masuk matrik tu. aku fikir insyaAllah ada rezeki aku dekat mana2 university. kawan-kawan aku yang result matrik gempak pon ramai je yang pilih UiTM. lagi kawan-kawan SPM aku, result sampai 10A, 9A, UiTM jugak yang dia pilih.

"Kalo ada yang mintak ngan ikhlas hati pon,,sebab senang nak dapat... Tak payah nak compete ngan students bumiputera yang jaoooooooohhhh lagi cemerlang."

tu dia. dia punya jaoooooohhh tu bukan main panjang lagi. terjuih-juih bibir mungil aku ni tau!ni lagi satu. mamat ni maybe tak baca paper kot? dia tak tahu ke sekarang ni ramai budak tak dapat masuk UiTM sebab ramai sangat yang apply. haritu aku ada baca paper cakap permohonan ke UiTM lebih kurang 200K tapi tempat yang ada just untuk 20K je. boleh bayangkan tak betapa ramainya orang yang kurang bernasib baik sebab tak dapat masuk UiTM ni yang kononnya senang nak masuk tu kan? ye lah, memang betol UTM ambil students bumiputera yang jaooooohhhhh lagi cemerlang and pandai dari UiTM. tapi UiTM ambil students yang kuranggg cemerlang untuk dijadikan cemerlang.

"Bukannya jeles ngan populariti UiTM, tapi da fed up sebab people never recognize UTM yang da banyak bagi sumbangan kat negara kita dalam sektor Teknologi. Memang ramai usahawan Bumiputera yang berjaya datangnya dari UiTM, tapi para engineer, arkitek pe sume dari UTM"

alaa..mana-mana university pon ada sumbangan kat malaysia ni.
bukan UTM. bukan UiTM je. semua university ni ditubuhkan untuk pembangunan negara. ecewah. apa lah nak diheran kan sangat ye dak? kita semua sama je. tak perlu nak rendah kan orang lain. mana-mana tempat belajar semua sama. tak kisah lah UTM ke. UiTM ke. politeknik ke. kolej swasta ke semua matlamatnya sama je. "tengoklah dalam berita dalam paper kang asyik-asyik students UiTM yang banyak buat masalah. accident sana sini. sosial berleluasa.takde batasan pergaulan. sume nya dari pelajar mana kalau tak UiTM?!!" memang lah dah UiTM ni setiap negeri ada. secara automatik pelajarnya sangat ramai. ada ke UTM dekat semua negeri takde bukan? so jumlah untuk pelajar buat masalah tu kurang. dari segi penjagaan diri tu terpulang kepada individu masing2. cara dia nak bersosial pe sume. rasanya pelajar2 dari university lain pon bersosial jugak. lebih teruk dari budak UiTM. tapi kenapa nama UiTM jugak jadi mangsa? sebab diaorang bilangannya sedikit, bilangan UiTM ramai. secara tak langsung semua ni mempengaruhi nama buruk UiTM. senang cerita semua ni bergantung pada diri sendiri. kalau dia pandai mengatur hidup dia, cara dia berkawan, cara dia bersosial tak kira mana pon dia belajar, elok lah jadinya. pokok pangkal hati masing2. jujur aku cakap, aku bertuah jugak lah dapat masuk UiTM ni even maybe masyarakat kat luar sana banyak yang pandang rendah. aku tak kisah. UiTM lah banyak berjasa untuk aku selama 3 tahun aku belajar dekat sana. UiTM lah yang buat aku dapat kerja cepat even aku tak dapat result final sem lagi time aku minta kerja tu and tak convo pon lagi. aku bertuah dapat belajar kat UiTM yang yuran dia murah kalau nak dibandingkan dengan university lain. aku bertuah sebab dapat jugak masuk IPTA sedangkan ramai lagi kawan-kawan kat luar sana tu teringin tapi tak dapat. and lastly aku bangga ada seorang naib canselor yg hensem dan bergaya macam DATO ' SAHOL.

beliau tak pernah tak reply
mesej students dia dekat FB tu. korang ada? wakakakaka ;p
btw, mamat tu dah mintak maaf dah. bagus la kalau macam tu kan. dia maybe tak sengaja or tak berniat pon nak buat jadi macam ni. tapi tu lah. setiap tindakan tu kena fikir jugak sensitivity masyarakat. tak boleh ikut sedap kita je. kau nak kutuk, kutuk diam-diam. tak payah nak cerita kat semua orang. cerita kat kawan-kawan kau sudah. aku tau bukan lah kau sorang je pandang rendah kat UiTM ni. ramai lagi kat luar tu yang macam kau. ok? lagi satu, janganlah kita suka pandang rendah dekat orang lain sebab maybe satu hari nanti orang yang kau pandang rendah tu lebih berjaya daripada kau yang hari ni. mana tau esok-esok anak cucu kau pulak yang masuk UiTM ni? dah la, panjang pulak entry aku ni. aku tulis panjang-panjang korang bukan rajin sangat nak baca ye dak?
bye!




p/s: jangan main-main dengan student UiTM. satu Malaysia ada UiTM ni tau ;p


Assalamualaikum semua.

Terlebih dahulu memanjatkan rasa syukur ke Hadrat Ilahi, akhirnya
aku dapat sambung degree dalam course Internationl Business (IB).
alhamdullilah. tapi yang tak best nya dapat kat kampus bandaraya melaka.
dari segamat aku berpindah pula ke melaka. merantau lagi ke negeri orang.
tapi tulah dalam geng2 aku, hanya aku sorang perempuan yang tercampak ke sana,
yang lain shah alam, puncak alam dengan segamat. aduhai T___T nak menangis pun ada bila
dapat tau yang tak dapat sambung kat shah alam. then bila ramai yang bagi feedback
cakap melaka ok. melaka best. nak balik tiap2 minggu pun tadehal.
relaks lah ten bukan kau sorang2 kat sana, qasha, fahmi, zirin
semua kat sana. kau still ada dengan dorang lagi.
memang lah dorang ada weh tapi aku nak kau wa! dayah! yaya! pqa! fadz! ari! intan!
korang best lah dapat sini. :( aku??

kalau aku tukar kampus pun nanti bukan dapat kat shah alam tu, tapi
puncak alam. bukan korang ada kat puncak alam tu pon.
ten ten yang kau fikir kawan takde sangat ni kenapa?hahahha
kang masuk sana ramai lah tu kawan baru. memang lah. tapi aku nak
dengan korang lagi, jealous tau tak korang semua still sama-sama.
aku dengan pakcik-pakcik 3 orang tu. sah-sah punya lah dorang semua buli aku kat sana nanti.
ok tabahkan hati kentalkan semangat! insyaAllah aku boleh kat melaka tu nanti.
mesti masuk sem baru nanti orientasi pe semua, hadoi malas malas.
masih lagi kena mengharungi benda-benda sebegitu. bosan tau tak.
dah lemau semua otak ni, nak menghadap buku balik mak aih. aku tak tau
lah apa akan jadi. tunggu jela kemunculan entry baru pada masa akan datang.

gaji tak masuk lagi. dah la bayar by check, kena lagi tunggu 3 hari bila dah issue kan check tu.
tension ah tension. duit dalam poket tinggal rm2 je tau enggak.
ok lagi 2 bulan je lagi aku akan kerja kat company ni. akhir bulan 8 aku berhenti.
gaji bulan 6 aku rasa sikit je dapat dalam 5 lebih.
gaji bulan 7 and 8 mintak-mintak lah lebih sikit nak buat belanja masuk sem baru ni nanti
shopping pape yang patut. dah lama gila tak shopping! serius tak tipu!
dapat je gaji akan ku tebus semua itu. hehe
ok lah bai semua, semoga hari anda lebih ceria dengan orang2 tersayang. =)

manisnya kurma ini. hahah
selit jap. group feberet wa menang!
yahuuuuuuuuuuu.

Thursday, June 16, 2011

Berhenti Berharap Kaum Perempuan Diluar sana. hee

Assalammualaikum ;)

Rasanya semua tengah demam cerita Nora Elena kan? Hari ni hari terakhir drama tu bersiaran, sehinggakan aku sendiri membaca kasih yang suci untuk mengetahui kisah selanjutnya. hendak tunggu di tv, memakan masa yang lama, tidak sabar untuk pengakhiran cerita tersebut.



Dulu aku jarang sama sekali mengikuti drama bersiri di televisyen, al-maklumlah, sibuk dengan class, exam semua so takde masa nak tengok tv. Sekarang ni dah duduk rumah balik kerja pun pukul 5. so ada lah masa untuk berdrama-drma ni. Aku sempat la mengikuti Adamaya dan juga Cinta Kirana. Itu sahaja. Selebih waktu adalah untuk rutin harian aku sehingga aku tidak punya masa untuk berdrama ;)

Kali ini pula aku terpengaruh pula dengan drama bersiri adaptasi daripada sebuah novel iaitu Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Ehem, aku baru mendapatkan buku ini dan berjaya menghabiskan bacaan ku kerana tidak sabar untuk pengakhiran cerita ini. Sehingga sanggup mendapatkan buku!

Apakah yang mendorong ku sehingga ke tahap ini?
hahahaha



Drama bersiri yang diadaptasikan dari sebuah novel sama seperti Lagenda Budak Setan dan akan datang Ombak Rindu - ini aku pasti tengok kerana sudah dibaca berulang sehingga koyak novel tersebut. Musim Ombak Rindu ketika di Sekolah Menengah dan juga cerita korea Fullhouse, sanggup ponteng sekolah 2 hari demi menghabiskan cd, Dalam masa 2 hari, bangun celik terus sambung fullhouse - pause - mandi - makan - play - hingga ke larut malam. Gila kan?
sekarang ni pulak aku tengah layan cerita korea Marry ME Mary. :) bulan lepas baru saja menghabiskan cerita My Girlfriends is GUMIHO. fuhh korang semua memang patut tengok. tangkap leleh. serius sepanjang cerita tu aku menangis je. aduyaiii T___T dengan lagi satu cerita Secret Garden. berpuluh-puluh episod. sampaikan hard disk laptop aku tak muat menampung kesemua cerita2 tu. nantilah tunggu aku beli hard disk baru khas untuk movie-movieku sahaja. :)

Berbalik kepada Drama bersiri yang akhirnya menambat hati para penonton di Malaysia khususnya makcik² termasuk juga aku. Pada awalnya aku terikut drama bersiri Indonesia - Cinta Melody kat ASTRO RIA tu dimana pengakhiran cerita tidak berapa menarik dan aku telah berpaling tadah ke drama bersiri Nora Elena.hehe




Apabila menonton drama ini, sudah tentu diantara kita yang akan mengomel seperti;

"Untungnya kalau laki aku macam Seth Tan!"
"Ya Allah, romantiknya Seth Tan ni....!!!"
"Cute gila Seth Tan ni, kalaulah aku dapat..."
"Bodoh betul Elena ni, suami punya hensem, baik hati, romantik, still nak ego"
"Untung jadi Elena dapat suami mcm Seth Tan"

Pendek kata, yang positif semuanya Seth Tan dan yang negatif semuanya Nora Elena. Yang untung semuanya Nora Elena dan yang rugi semuanya Seth Tan. Untung mendapat Seth Tan dan rugi mendapat Nora Elena. Faham maksud aku? Jauh di dalam hati, itu yang aku fikirkan setelah seminggu mengikuti Nora Elena - terlalu obses mungkin!

Di dalam cerita memang semua orang mengidamkan suami seperti Seth Tan tetapi apabila semua mendapati Seth Tan yang menodai Nora Elena sepuluh tahun yang lalu, semua pasti bercakap negatif walhal pada awal episod semua yang indah hanya pada Seth Tan. Itulah yang dinamakan drama, ya tidak?

Siapa yang tidak mahukan suami seperti Seth Tan, paras rupa yang kacak, badan yang sasa, mualaf, romantik, tidak berputus asa, sentiasa dulukan isteri, berfikiran jauh tetapi kuat cemburu. cuba bayangkan bila ada pula makcik yang bilang pada anaknya, "Ha, kau nak cari laki biar macam Seth Tan ni, senang hati mak nak lepaskan kau" Wah makcik! Kalaulah ada lelaki macam ni di Malaysia, mungkin 1 : 10? Makcik terlalu obses sehingga menggunakan perumpamaan seperti Seth Tan. Tidak pasal-pasal Seth Tan mendapat nama ;)

Semua lelaki di dunia ini sama sahaja, mereka mempunyai ego mereka tersendiri dan paling mereka tidak suka adalah menyamakan mereka dengan lelaki lain. Ada kawan aku tu siap cerita kat boyfriend dia la pasal cerita Nora Elena ni "Cuba awak romantik, kacak, tampan, gagah macam Seth Tan, sedap mata memandang." boyfriend dia jawab, "Itu setan, ini Faiz (bukan nama sebenar)." Lihat, tiada orang yang suka disamakan perangainya sama seperti kita sebagai wanita. Tiba-tiba boyfriend dia bilang, "Cuba awak jadi pendiam dan sopan macam ex-girlfriend sy" Huh, nak jawab apa? Pasti merajuk dan mengungkit, lumrah kehidupan perempuan BAHAHA ;P

Aku pun harus berhenti berharap, kadang kala bila sudah menghayati, terbawa ke realiti. Pada hakikatnya, itu hanyalah drama ;)

Terimalah mereka seadanya asalkan mereka terus mencintai, melindungi dan menjadi pendamping setia kita hingga ke akhir hayat. Lelaki, ada kelebihan dan kekurangan, tidak ada yang sempurna. Allah memberikan hak memimpin kepada suami, firman-Nya, "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita" (An-Nisa' :34) dan Rasulullah s.a.w pernah memberi khabar kepada wanita yang taat pada suaminya, ertinya "Apabila seseorang wanita mengerjakan solat yang lima, berpuasa sepanjang ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya, "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau sukai" H.R Ahmad dan Tabrani.



Sudah. Jangan mimpi.

Kembali ke dunia realiti ya?

Syurga kita pada suami kita nanti, jangan minta mereka berubah sikap dan sifat.

Cintai mereka seadaanya, Allah menjanjikan syurga pada kita ;)