Thursday, June 16, 2011

Berhenti Berharap Kaum Perempuan Diluar sana. hee

Assalammualaikum ;)

Rasanya semua tengah demam cerita Nora Elena kan? Hari ni hari terakhir drama tu bersiaran, sehinggakan aku sendiri membaca kasih yang suci untuk mengetahui kisah selanjutnya. hendak tunggu di tv, memakan masa yang lama, tidak sabar untuk pengakhiran cerita tersebut.



Dulu aku jarang sama sekali mengikuti drama bersiri di televisyen, al-maklumlah, sibuk dengan class, exam semua so takde masa nak tengok tv. Sekarang ni dah duduk rumah balik kerja pun pukul 5. so ada lah masa untuk berdrama-drma ni. Aku sempat la mengikuti Adamaya dan juga Cinta Kirana. Itu sahaja. Selebih waktu adalah untuk rutin harian aku sehingga aku tidak punya masa untuk berdrama ;)

Kali ini pula aku terpengaruh pula dengan drama bersiri adaptasi daripada sebuah novel iaitu Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Ehem, aku baru mendapatkan buku ini dan berjaya menghabiskan bacaan ku kerana tidak sabar untuk pengakhiran cerita ini. Sehingga sanggup mendapatkan buku!

Apakah yang mendorong ku sehingga ke tahap ini?
hahahaha



Drama bersiri yang diadaptasikan dari sebuah novel sama seperti Lagenda Budak Setan dan akan datang Ombak Rindu - ini aku pasti tengok kerana sudah dibaca berulang sehingga koyak novel tersebut. Musim Ombak Rindu ketika di Sekolah Menengah dan juga cerita korea Fullhouse, sanggup ponteng sekolah 2 hari demi menghabiskan cd, Dalam masa 2 hari, bangun celik terus sambung fullhouse - pause - mandi - makan - play - hingga ke larut malam. Gila kan?
sekarang ni pulak aku tengah layan cerita korea Marry ME Mary. :) bulan lepas baru saja menghabiskan cerita My Girlfriends is GUMIHO. fuhh korang semua memang patut tengok. tangkap leleh. serius sepanjang cerita tu aku menangis je. aduyaiii T___T dengan lagi satu cerita Secret Garden. berpuluh-puluh episod. sampaikan hard disk laptop aku tak muat menampung kesemua cerita2 tu. nantilah tunggu aku beli hard disk baru khas untuk movie-movieku sahaja. :)

Berbalik kepada Drama bersiri yang akhirnya menambat hati para penonton di Malaysia khususnya makcik² termasuk juga aku. Pada awalnya aku terikut drama bersiri Indonesia - Cinta Melody kat ASTRO RIA tu dimana pengakhiran cerita tidak berapa menarik dan aku telah berpaling tadah ke drama bersiri Nora Elena.hehe




Apabila menonton drama ini, sudah tentu diantara kita yang akan mengomel seperti;

"Untungnya kalau laki aku macam Seth Tan!"
"Ya Allah, romantiknya Seth Tan ni....!!!"
"Cute gila Seth Tan ni, kalaulah aku dapat..."
"Bodoh betul Elena ni, suami punya hensem, baik hati, romantik, still nak ego"
"Untung jadi Elena dapat suami mcm Seth Tan"

Pendek kata, yang positif semuanya Seth Tan dan yang negatif semuanya Nora Elena. Yang untung semuanya Nora Elena dan yang rugi semuanya Seth Tan. Untung mendapat Seth Tan dan rugi mendapat Nora Elena. Faham maksud aku? Jauh di dalam hati, itu yang aku fikirkan setelah seminggu mengikuti Nora Elena - terlalu obses mungkin!

Di dalam cerita memang semua orang mengidamkan suami seperti Seth Tan tetapi apabila semua mendapati Seth Tan yang menodai Nora Elena sepuluh tahun yang lalu, semua pasti bercakap negatif walhal pada awal episod semua yang indah hanya pada Seth Tan. Itulah yang dinamakan drama, ya tidak?

Siapa yang tidak mahukan suami seperti Seth Tan, paras rupa yang kacak, badan yang sasa, mualaf, romantik, tidak berputus asa, sentiasa dulukan isteri, berfikiran jauh tetapi kuat cemburu. cuba bayangkan bila ada pula makcik yang bilang pada anaknya, "Ha, kau nak cari laki biar macam Seth Tan ni, senang hati mak nak lepaskan kau" Wah makcik! Kalaulah ada lelaki macam ni di Malaysia, mungkin 1 : 10? Makcik terlalu obses sehingga menggunakan perumpamaan seperti Seth Tan. Tidak pasal-pasal Seth Tan mendapat nama ;)

Semua lelaki di dunia ini sama sahaja, mereka mempunyai ego mereka tersendiri dan paling mereka tidak suka adalah menyamakan mereka dengan lelaki lain. Ada kawan aku tu siap cerita kat boyfriend dia la pasal cerita Nora Elena ni "Cuba awak romantik, kacak, tampan, gagah macam Seth Tan, sedap mata memandang." boyfriend dia jawab, "Itu setan, ini Faiz (bukan nama sebenar)." Lihat, tiada orang yang suka disamakan perangainya sama seperti kita sebagai wanita. Tiba-tiba boyfriend dia bilang, "Cuba awak jadi pendiam dan sopan macam ex-girlfriend sy" Huh, nak jawab apa? Pasti merajuk dan mengungkit, lumrah kehidupan perempuan BAHAHA ;P

Aku pun harus berhenti berharap, kadang kala bila sudah menghayati, terbawa ke realiti. Pada hakikatnya, itu hanyalah drama ;)

Terimalah mereka seadanya asalkan mereka terus mencintai, melindungi dan menjadi pendamping setia kita hingga ke akhir hayat. Lelaki, ada kelebihan dan kekurangan, tidak ada yang sempurna. Allah memberikan hak memimpin kepada suami, firman-Nya, "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita" (An-Nisa' :34) dan Rasulullah s.a.w pernah memberi khabar kepada wanita yang taat pada suaminya, ertinya "Apabila seseorang wanita mengerjakan solat yang lima, berpuasa sepanjang ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya, "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau sukai" H.R Ahmad dan Tabrani.



Sudah. Jangan mimpi.

Kembali ke dunia realiti ya?

Syurga kita pada suami kita nanti, jangan minta mereka berubah sikap dan sifat.

Cintai mereka seadaanya, Allah menjanjikan syurga pada kita ;)



No comments:

Post a Comment