Friday, July 1, 2011

Assalamualaikum! Semalam aku saja lah jalan-jalan kat group blogger dekat facebook tu. so tiba-tiba aku macam tertarik dengan entry sorang mamat ni. "UTM bukan UiTM". so sebagai student UiTM yang sangat berwibawa dan berdedikasi,hehe aku pon bukak lah blog dia. dalam entry dia, dia macam tak puas hati lah sebab orang selalu cakap yang dia tu student UiTM sedangkan dia student UTM. yelah, bagi dia standard tak sama. UTM tu top university kat malaysia ni. tu memang aku tak nafikan. memang betol UTM memang ambil student yang result gempak-gempak.




ini UiTM




ini UTM



tapi yang buat aku terkilan bila terbaca ayat dia yg ni:

"Bukan apa, bagi aku la kan...UiTM tu macam 2nd class universiti"


memang berasap bila baca ayat dia yang ni. bagi aku, kalau ye pon dia rasa UiTM ni university low class pon, tak perlu lah dia nak masuk dalam entry macam tu. memanglah bagi dia, itu pendapat dia tapi cuba fikir apa perasaan students UiTM bila baca ni? confirm lah terasa. ye lah, cuba korang letak diri korang dekat tempat students UiTM. apa yg korang rasa? mesti lah rasa macam terhina kan? semua orang tak nak macam tu. memang kita ada pilihan untuk pilih university mana yang kita nak, tapi tengoklah kemampuan diri masing2. kat mana kita belajar sekalipun dah itu rezeki kita. so kita kena lah terima dan jangan lah bangga diri pulak, kutuk university lain.

"Tengok pada standard laaaa, most of the UiTM students adalah intake
yang xley survive kat matrik (intake Disember) and Budak2 lepasan SPM yang tak dapat matrik. "

maybe time dia tulis ni dia tak buat research betol-betol kot. dia main
cakap berdasarkan pengetahuan dia je. aku pon kalau nak diikutkan dapat je masuk matrik dulu berdasarkan pada result aku lah. tapi aku tak isi borang langsung nak masuk matrik tu. aku fikir insyaAllah ada rezeki aku dekat mana2 university. kawan-kawan aku yang result matrik gempak pon ramai je yang pilih UiTM. lagi kawan-kawan SPM aku, result sampai 10A, 9A, UiTM jugak yang dia pilih.

"Kalo ada yang mintak ngan ikhlas hati pon,,sebab senang nak dapat... Tak payah nak compete ngan students bumiputera yang jaoooooooohhhh lagi cemerlang."

tu dia. dia punya jaoooooohhh tu bukan main panjang lagi. terjuih-juih bibir mungil aku ni tau!ni lagi satu. mamat ni maybe tak baca paper kot? dia tak tahu ke sekarang ni ramai budak tak dapat masuk UiTM sebab ramai sangat yang apply. haritu aku ada baca paper cakap permohonan ke UiTM lebih kurang 200K tapi tempat yang ada just untuk 20K je. boleh bayangkan tak betapa ramainya orang yang kurang bernasib baik sebab tak dapat masuk UiTM ni yang kononnya senang nak masuk tu kan? ye lah, memang betol UTM ambil students bumiputera yang jaooooohhhhh lagi cemerlang and pandai dari UiTM. tapi UiTM ambil students yang kuranggg cemerlang untuk dijadikan cemerlang.

"Bukannya jeles ngan populariti UiTM, tapi da fed up sebab people never recognize UTM yang da banyak bagi sumbangan kat negara kita dalam sektor Teknologi. Memang ramai usahawan Bumiputera yang berjaya datangnya dari UiTM, tapi para engineer, arkitek pe sume dari UTM"

alaa..mana-mana university pon ada sumbangan kat malaysia ni.
bukan UTM. bukan UiTM je. semua university ni ditubuhkan untuk pembangunan negara. ecewah. apa lah nak diheran kan sangat ye dak? kita semua sama je. tak perlu nak rendah kan orang lain. mana-mana tempat belajar semua sama. tak kisah lah UTM ke. UiTM ke. politeknik ke. kolej swasta ke semua matlamatnya sama je. "tengoklah dalam berita dalam paper kang asyik-asyik students UiTM yang banyak buat masalah. accident sana sini. sosial berleluasa.takde batasan pergaulan. sume nya dari pelajar mana kalau tak UiTM?!!" memang lah dah UiTM ni setiap negeri ada. secara automatik pelajarnya sangat ramai. ada ke UTM dekat semua negeri takde bukan? so jumlah untuk pelajar buat masalah tu kurang. dari segi penjagaan diri tu terpulang kepada individu masing2. cara dia nak bersosial pe sume. rasanya pelajar2 dari university lain pon bersosial jugak. lebih teruk dari budak UiTM. tapi kenapa nama UiTM jugak jadi mangsa? sebab diaorang bilangannya sedikit, bilangan UiTM ramai. secara tak langsung semua ni mempengaruhi nama buruk UiTM. senang cerita semua ni bergantung pada diri sendiri. kalau dia pandai mengatur hidup dia, cara dia berkawan, cara dia bersosial tak kira mana pon dia belajar, elok lah jadinya. pokok pangkal hati masing2. jujur aku cakap, aku bertuah jugak lah dapat masuk UiTM ni even maybe masyarakat kat luar sana banyak yang pandang rendah. aku tak kisah. UiTM lah banyak berjasa untuk aku selama 3 tahun aku belajar dekat sana. UiTM lah yang buat aku dapat kerja cepat even aku tak dapat result final sem lagi time aku minta kerja tu and tak convo pon lagi. aku bertuah dapat belajar kat UiTM yang yuran dia murah kalau nak dibandingkan dengan university lain. aku bertuah sebab dapat jugak masuk IPTA sedangkan ramai lagi kawan-kawan kat luar sana tu teringin tapi tak dapat. and lastly aku bangga ada seorang naib canselor yg hensem dan bergaya macam DATO ' SAHOL.

beliau tak pernah tak reply
mesej students dia dekat FB tu. korang ada? wakakakaka ;p
btw, mamat tu dah mintak maaf dah. bagus la kalau macam tu kan. dia maybe tak sengaja or tak berniat pon nak buat jadi macam ni. tapi tu lah. setiap tindakan tu kena fikir jugak sensitivity masyarakat. tak boleh ikut sedap kita je. kau nak kutuk, kutuk diam-diam. tak payah nak cerita kat semua orang. cerita kat kawan-kawan kau sudah. aku tau bukan lah kau sorang je pandang rendah kat UiTM ni. ramai lagi kat luar tu yang macam kau. ok? lagi satu, janganlah kita suka pandang rendah dekat orang lain sebab maybe satu hari nanti orang yang kau pandang rendah tu lebih berjaya daripada kau yang hari ni. mana tau esok-esok anak cucu kau pulak yang masuk UiTM ni? dah la, panjang pulak entry aku ni. aku tulis panjang-panjang korang bukan rajin sangat nak baca ye dak?
bye!




p/s: jangan main-main dengan student UiTM. satu Malaysia ada UiTM ni tau ;p


2 comments:

  1. ateen,

    for me...those yg ckp UITM adalah 2nd class university... they should be a shame with themselves... mcm mana UiTM boleh dikenali semua org? sebab kita membantu bumiputra...

    betol u kata... student kita bukan lg drpd org2 yg tak dpt masuk matriks..or else..... ade je SPM 10A's....arkitek n engineers from UTM?? prove with statistic dear....jgn main ckp jer....

    hahahah...those who are saying dat actually,....pendek akal.... jgn berckp tanpa bukti yg kukuh.... sila buat kajian sebelum mengatakan sesuatu .....

    hahahah....

    ReplyDelete