Sunday, December 11, 2011

me LOVE ombak rindu.



Assalamualaikum semua. :)
Korang tengok gambar mesti dah tau pasal apa aku nak ceritakan. hehe aku cuma ingin berkongsi dengan apa yang aku rasa tentang cerita ni. Ramai kat luar sana yang asik bercerita pasal cerita ni, and aku tak ketinggalan jugak untuk menontonnya. mungkin aku adalah orang yang terlambat nak tengok, tapi aku tak kesah semua tu janji aku dapat tengok even lambat. (busy dengan kelas sebab tu lambat tengok)



Dalam rumah ni hanya aku dengan zac je yang belum tengok, semua dah tengok. semua cakap cerita ni tak best. dan akhirnya malam tadi aku dapat jugak tengok cerita ni dek kerana aku memujuk zac dan nazmi menemankan aku tengok cerita ni. then dorang pun dah kesian tengok muka aku yang nak sangat tengok cerita ni kan. hehehe thanks korang. 

respon antara kawan2 yang dah tengok.
Zirin: aten baik ko pergi tengok cepat ! aku confirm kau menangis ! 
Wawa: aten!!! kau dh tengok ombak rindu belum? belum waaa. cepatlah tengok. best gilaa! tapi aku asik gelak2 je tgk cite tu. hahaha tak nangis pon.
Azza: bosan gila lah cerita tu. haa mengantuk aku tengok. T_____T
Zaid: Tolonglah orang gila je menangis tengok ongbak rindu ni. arghhhh whateverrr!

ok ni antara respon2 kawan2 aku yang dah tengok. 
dan bila aku tengok malam tadi dengan ini aku mengisytiharkan yang ombak rindu ni berjaya membuatkan airmataku mengalir. bukan setitis dua titis. tapi bertitis-titis. hahahaha sumpah best gilaa kot. kalau ada 20 bintang aku bagi 20 bintang tu. apa korang nak cakap. cakaplah. aku tak kesah, janji kat sini yang aku nak katakan cerita ni BEST YANG TERAMAT SANGAT!
mungkin cerita ni best bagi perempuan2 macam aku yang berjiwa sensetip. hehe yang hati cepat sangat tersentuh, dan mudah mengalirkan airmata. mungkin lah kan. tapi kawan2 lelaki aku pon ada yang not bad cakap cerita ni best. korang memang cool.hehehe


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Nak tau jalan cerita yang seterusnya baik pergi tengok sendiri.  kalau nak tunggu kat youtube tu pon boleh. janji korang tengok. cerita ni sangat sangat best pada aku. So pada sape2 yang belum tengok cerita ni. pergilah tengok. =)


ni antara serba sedikit jalan cerita ombak rindu.


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi k





1 comment:

  1. wah...layan ombak rindu gak....hihi...akak x sempat nk tgk..tp dh lama nangis since beli novel tu masa bape thn yg lps.....

    ReplyDelete