Monday, June 3, 2013

Cambodia (Part 1)

Assalamualaikum, lama sangat rasanya dah tak update blog. Sebab kenapa? Sebab malas. malas nak menaip panjang-panjang. Almaklumlah, bila menghadap laptop jer, mesti  tercari movie-movie baru untuk download sampai line jadi slow. Bila dah slow macam siput, so ape lagi tidurlah. So sekarang nak cerita pasal trip saya dan kawan-kawan ke Kemboja baru-baru nie. Eh takde la baru sangat, kami pergi dalam hujung tahun 2012. Trip ni kitorg pergi atas sebab ingin melengkapkan salah satu subjek International Business iaitu subjek Issues in International Business. So in order for us to complete the course, we have to plan to go somewhere and do research about that country according to the task that given by the lecturers. Pening punya pening negara apa yang kami nak pergi ni and akhirnya we decided to go to Cambodia. Actually we have 4 options. The first country is Singapore, then Australia, China and Indonesia. Untuk pengetahuan anda, bagi sesiapa yang mengambil course Bachelor in Business Administration (Hons) International Business, mereka perlu melengkapkan 1 subjek iaitu dengan pergi ke luar negara pada semester akhir mereka nanti. Ok atas sebab apa kitaorang pilih Cambodia. yang pertama cadangan TIMBALAN REKTOR suruh pergi Cambodia. yang kedua TIKET MURAH. yang ketiga SPONSOR CIPUT. yang keempat ASEAN COUNTRY ONLY. Alhamdulillah ini semua rezeki dari Allah juga untuk kami sampai disana.


Kami gerak dari UITM Melaka pada pukul 10 pagi dan sampai di LCCT dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Kelainannya pergi trip dengan kawan2 ni adalah kemeriahan, kekecohan, keriangan yang tidak terhingga yang mereka semua tonjolkan. All of us were excited. For me this was the first time I went to Cambodia, The Kingdom of Wonder. Tak pernah terlintas lah nak pergi ke sana sebelum ni sebab Cambodia adalah negara yang kita semua jarang2 sebut, maksudnya kalau orang kata hang nak pi bercuti kat mana? oh chek nk pergi Australia, Korea, China. for sure punya dan disebabkan tak terjangkau dek akal ni lah kami semua teruja untuk sampai ke tanah Kemboja.



Terserlah bukan kemeriahan kami. Bukan senang untuk sampai ketahap ini. Banyak liku-liku yang kami terpaksa lalui bergaduh, bertekak, ketidak puashatian, oh begitu banyak ye masalah yang timbul untuk menyiapkan report dan juga proposal dan segala peralatan yang perlu dibawa untuk pergi kesana. Tapi akhirnya kami berjaya dengan usaha masing2. Kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa sangat membantu dalam menyiapkan semua ni.


Penerbangan yang mengambil masa selama 2 jam amat kami hargainya dengan melihat keindahan ciptaan Allah yang begitu dahsyat, sangat menarik cantik dan terpegun bagi sesiapa yang pertama kali menaiki kapal terbang. Sungguh tercebis sedikit linangan air mata ni, pemberian Allah untuk kami melihat sendiri ciptaan Yang Maha Esa. Alhamdulillah syukur.



Bandar Phnom Penh yang cukup sesak selepas habis waktu bekerja. Bunyi hon tanpa henti. Memang superb saya katakan pemandu-pemandu disini, mereka sangat menghormati pemandu lain dan memberi jalan antara satu sama lain. Kegunaan hon disana adalah sebagai isyarat untuk memberitahu bahawa kenderaan mereka sedang lalu. Inilah budaya mereka. :)
  

Kemudian kami terus menginap di hotel yang tertera seperti gambar kat atas ni. Not bad jugak hotel dia. Alhamdulillah best. Aktiviti pada malam pertama disini adalah bebas. So kami bercadang pergi ke Riverside untuk menikmati suasana malam di Kemboja. oh ye gambar ni bawah ni adalah tuk-tuk. Tuk-tuk adalah public transport disini. boleh dikatakan saya teruja menaikinya. hehe satu tuk-tuk boleh naik 4orang.


Most of the tuktuk driver were very nice and some of them can speak in English. So easy for us to communicate with them. Setelah selesai tawar menawar kami pun menikmati keindahan waktu malam di bandar Phnom Penh. Apa yang boleh saya katakan, waktu malam disini MERIAH. Meriah dengan kehadiran perempuan-perempuan yang cukup mengiurkan dibahu jalan ditepi kedai dikelab-kelab dan sewaktu dengannya. Prostitute is everywhere. Cukup takut untuk saya berjalan sorang-sorang disini. Mata-mata sang lelaki cukup bersinar-sinar pada ketika itu ye. Asal kami lalu depan mereka je sang lelaki mulalah teruja. Tidak dinafikan itu merupakan pekerjaan utama mereka. Jadi kami tidak hairan kerana Kemboja berjiran dengan Thailand dan anda juga tau bagaimana kehidupan mereka disini sama seperti di Thailand. Situasi paling kelakar bila kawan saya Fahmi terkena sentuhan prostitute sewaktu kami berjalan ditepi-tepi kedai. Perempuan itu dengan selamba dek je menarik si Fahmi. 'sir come, do you want some massage? I will give you a low price. only 2 dollar sir, 2 dollar. dengan terkejut beruknya meloncat lah si Fahmi tu apa lagi. 


Nampak sedap bukan? Tapi saya batalkan saja niat untuk membeli, dikhuatiri akan kebersihannya. telan air liur jela nampaknya. Kerana bandar mereka cukup berhabuk. Kami perlu memakai mask sepanjang menaiki tuk-tuk.


Malaysia ada macam ni? Ni bukan dekat area kampung tapi area bandar. Kalau KL buat macam ni alamat kena saman dengan pakcik polis jawabnya. Suasana disana cukup menginsafkan saya. Anda dapat tengok dimana satu motor mereka akan naik sehingga 4 orang. Selagi muat selagi tu depa naik ramai-ramai. Mungkin dengan cara sebegini mereka dapat kurangkan kos minyak. Untuk pengetahuan anda juga Kemboja tiada hasil dalam negeri, mereka mengimport barang dari luar seperti petrol, beras sebabtu mereka susah. Nanti saya akan tunjukkan lagi suasana di Kemboja seperti Malaysia pada tahun 60an ye. Sedih.


Kami singgah di Royal Palace yang kebetulan pada waktu itu Ayahanda kepada Raja Kemboja baru mati. Gambar yang mereka tunjuk itulah Raja mereka. Maka pada waktu itu jugalah Royal Palace still in the mood of sadness. People keep coming to show their respect to the late King. 


Anak-anak mereka yang tiada berbaju. Sungguh kami sangat sedih. Dengan bau kurang menyenangkan (hancing) di sekitar bandar membuatkan kami terbantut sedikit untuk meneruskan perjalanan kerana orang Kemboja dengan selamba membuang hajat mereka di tepi jalan raya, disebalik pokok, disebalik tiang lampu.   Sampaikan kami takut nak beli air dan makanan di tepi jalan bila dah tau suasana yang sebegitu.

Hari Kedua.

Pada keesokan harinya, seperti biasa menikmati hidangan breakfast yang disediakan oleh pihak hotel sebelum kami meneruskan aktiviti kami. Punya terkejut kami bila dapat tau kawan-kawan ada yang termakan sosej ba alip ba ya. Kus semangat. Lecturer dah warning malam tadi supaya berjaga-jaga bila nak makan dekat hotel sini. Semua makanan tak halal. tu yang agak sukar sikit, bila nak makan kami kena pergi restoran yang menyediakan makanan halal. Tak pasal-pasal dah termakan ba alip ba ya tu. Apa yang kami boleh makan pagi tu roti je. Punya lah banyak makanan yang hotel tu sediakan. Kami cuma boleh menjamah roti. Pada saat itu kami mula merasai betapa beruntungnya berada di Malaysia yang cukup sempurna tu. Takpelah nanti tengahari tour guide akan bawa kami ke restoran makanan halal. Syukur alhamdulillah.

So aktiviti pertama kami pergi Royal University of Phnom Penh. Melihat suasana pembelajaran kawan-kawan disana cukup untuk saya katakan rakyat Malaysia kena berbangga dengan apa yang telah mereka ada di Malaysia. Kerusi meja mereka masih guna kerusi meja kayu. Hanya orang-orang berada saja yang mampu masuk University. Kos pembelajaran bagi seorang pelajar sangat mahal. Saya dah lupa around what price, tapi seriously mahal. So beruntung lah pelajar-pelajar di Malaysia ya. Berada di Royal University of Phnom Penh hampir separuh hari.


Terlupa untuk saya mengambil soft copy gambar-gambar pada rakan yang lain ketika kami berkenalan dengan pelajar-pelajar disana. Kerana pada waktu itu, saya sibuk mengendalikan acara majlis suai kenal.


So, we continue our journey by visiting the historical place in Phnom Penh which is Choeung Ek Genodical Center. Tempat pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja ketika pemerintahan rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot sekitar 1975. Almost 1.7 million of the country's men, women and children were killed during this time. They were tortured for long periods of time.


Ini tour guide kami iaitu Mr. Loy dan dibelakang itu adalah muzium yang menempatkan detik-detik pembunuhan di Kemboja pada suatu ketika dulu. Menjejakkan kaki kedalam muzium tu sungguh mencemaskan dan mendebarkan kami. Tengkorak dan tulang temulang mangsa serta pakaian dipakai ketika dibunuh turut dipamerkan.




Dengan jiwa dan nafas bergetar, kami menjejakkan kaki di sekitar kawasan seluas 2.5 hektar dan merakam pelbagai kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Banyak kubur besar menempatkan lebih 100 mangsa kanak-kanak dan wanita yang kebanyakannya dalam keadaan tanpa seurat benang dibadan disetiap lubang.

Hampir sejam disitu, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21, bekas sekolah tinggi yang ditukar fungsi sepenuhnya oleh Pol Pot ketika berkuasa dari 1975 hingga 1979 menjadi pusat penyeksaan rakyat Kemboja.



Mendengar taklimat daripada Mr Loy sebelum kami memasuki ke dalam muzium. Ternyata suasana pada waktu ini sungguh sunyi kerana tidak ramai pengunjung. Yang ada cuma kami dan beberapa pengunjung dari negara luar.



Menjenguk bilik seksaan dan peraturan yang tertera untuk dipatuhi banduan, membuatkan saya faham mengapa sehingga kini rakyat Kemboja tidak mampu memaafkan rejim Khmer Rouge. 




Di muzium itu juga ada 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan. Kaedah pembunuhan juga menyeksakan. Banduan yang dikenal pasti untuk dihukum bunuh diangkut ke Killing Fields dan diberi dua pilihan menamatkan hayat dengan cara zalim, iaitu dikelar tengkuk dengan pelepah kelapa sawit yang ditajamkan atau buah zakar dihentak dengan kuat. Mr Sophie (tour guide kami no 2.) yang turut kehilangan dua abang dan dua kakak kerana dibunuh Khmer Rouge berkata, lebih 1.8 juta daripada tujuh juta penduduk mati dalam era itu.




Kami tinggalkan kisah sedih itu dan teruskan perjalanan di bumi Kemboja. :)

No comments:

Post a Comment