Saturday, February 11, 2012

Bandung, Jakarta.



Flight bertolak pukul 7. penerbangan sejam lebih je. waktu Malaysia dengan Bandung awal 1 jam. contohnya kalau Malaysia pukul 8 kat Bandung pukul 9. haa camtulah. siapa yang dah pernah pergi  Bandung taulah tu. hehe sampai Bandung airport, dah ada pak supir tunggu kitaorang. Kepala aku dah takat nyawa2 ikan time tu. pak supir tu pulak bawak slow motion. aku time tu dah rasa cam nak muntah dah. ku tahan jee. plus jalan kat sana sempit, ramai orang pulak tu, dengan bunyi hon sentiasa. waduh bertambah2 pening kepala gue. Dengan laparnya, perut confirm dah memang masuk angin dah. dugaan gila bila sampai sana.

Bila dah sampai hotel check in semua masuk je bilik, tak ku tunggu2 lagi terus masuk toilet keluarkan segala
apa yang ada. angin dah sampai ke ulu hati. waduh gastrik tak pasal2. mengundang betul! pastu kitaorang semua turun pergi dining hotel nak makan. time nak turun tu tiba2 aku terasa nak muntah lagi. xpasal2 muntah tuk kali ke 2. Badan dah longlai. dengan laparnya tahap maximum. aku order jela nasi goreng ayam. makanan pulak sampai lambat. subhanAllah. aku pelan2 jalan pergi toilet senyap2. muntah untuk kali ke3. aku tak terus keluar aku stay lama sikit dalam toilet tu sebab aku tau aku akan muntah lagi ni. memang sah! kali ni muntah hijau! hamek kau. sampai dah takde isi nak keluar. keluar cecair hijau pekat tu pahit dia masyaAllah.  aku rasa nak pengsan dah dalam toilet tu. tapi ku gagahkan jua keluar. acik ngan alang dah pandang aku lain macam dah. alhamdulillah makanan pun sampai. aku membedal lah apa lagi, tapi tau jela kan bila makanan masuk, angin dlm perut dia tolak balik. perut aku senak jadinya. nak tak nak aku makan jugak nasi goreng yang pedas tu. dugaan2. tanpa melengahkan masa, lepas makan aku terus 
naik bilik. tidur.aku dah  tak larat. 

Tangkuban Parahu ni adalah salah satu gunung berapi. orang kata dia dah tak aktif lagi dah, cuma tinggal saki baki je. Time dalam kereta, pak supir kitaorang cakap nanti dah sampai sana jangan beli apa2, kat sana dorang jual mahal. kalau dorang tanya, cakap je 'ya udah, saya udah beli, saya udah ada ini barang' haa bilang begitu ya. ok pak! :)



orang ramai cakap kalau dah sampai ke puncak gunung berapi tu rugi kalau tak turun ke bawah. kat bawah tu nanti kita boleh rendam kaki kita. elok untuk kesihatan. bila kitaorang sampai je kat puncak gunung berapi tu bukan panas yang kitaorang rasa, malah sejuk! sejuk dia tu kalah la kat cameron and genting highlands tu. selesai tangkap gambar kat puncak Tangkuban parahu, kami pun decide nak turun ke bawah. betul pak supir cakap, ramai gila orang jual2 barang ni, dorang persendirian. jual macam2. key chain, gelang, rantai, tasbih, batu yang dari gunung, haa macam2 lagi. Penjual2 semua ni ikut kitaorang turun ke bawah sama-sama, dorang la yang escort kitaorang sepanjang dalam hutan tu. ingatkan dekat rupanya agak jauh la nak turun ke bawah tu. sampai sakit kaki dibuatnya. tapi yang paling best sepanjang dalam hutan tu, pemandangannya tersangatlah cantik! serius cantik sangat. subhanAllah kuasa Allah semua ni.
rasa terpegun gila bila tengok. kejap2 kang tangkap gambar. hehehe





bila dah sampai kat bawah tu lagi lah kitaorang teruja sebab dapat sentuh lava gunung berapi tu. kat bawah tu even panas and berasap-asap tapi environment dia still sejuk lagi.relax kejap kat bawah tu rendam kaki apa semua, and kita boleh rebus telur. nanti dah masak boleh makan. aku tak makan lah sebab ada bau lava dia. ada bau macam arang pon ye. bila kami nak balik tu penjual2 yang escort kitaorang semua tadi dok paksa beli barang dorang. masyaAllah. mahal! bayangkan dorang jual gelang harga 500,000 rupiah. gila tak?! duit sini dalam rm250. dalam rm250 tu aku boleh shopping banyak benda lagi. kalau kita taknak beli dorang paksa tau. ikut kitaorang sampai ke kereta suruh beli jugak. merayu2. yaAllah. kesian pun ada sebab dorangkan susah nak dapat duit. aku sampai cakap kat salah sorang yang paksa aku beli tu ' pak, saya enggak ada uwang sebanyak itu. kalau saya bagi 15,000 rupiah kamu mau enggak? penjual tu bilang balik ' waduh hina sungguh kamu lihat saya ya, mana mungkin saya cuma dapat 15,000. 'cukuplah untuk kamu buat makan  hari ini. saya bukan hina kamu, tidak sama sekali tapi saya udah tidak ada uwang' kamu ambil ya uwang saya ini saya bagi kira upah. dorang tak nak tau! degilnya yaAllah. seboleh-boleh nak suruh kitaorang beli dengan harga paling murah yg dorang tawarkan rm50. tu pon aku kira mahal and last sekali dah kesian sangat aku pon belilah tasbih dengan harga rm25. Dahsyat2 orang indon ni.





Pak supir pun amik kitaorang and pergi tempat seterusnya iaitu Wisata Alam Sari Ater Hot Spring. kat sini air panas dia macam air terjun wa cakap sama lu. kitaorang tak mandi pun, just jalan-jalan je. cowok2 dengan cewek2nya waduh seksi banget deh. 






perut time tu pon dah lapar mana taknya pukul 3 pukul 4 dah. kitaorang tanya pak supir mana makanan yang paling bagus dan enak sekali? and dia pon bawak lah kitaorang pergi ke Restoran Kampung Daun. Masuk2 je restoran kampung daun ni, yaAllah cantik sangat. dia bukan macam restoran biasa. restoran kampung daun ni besar. ada jual macam2 souvenir, then ada gerai-gerai yang jual macam2 makanan. tinggal pilih je.

lepas tu tempat makan dorang unik! ada ruang jalan kat tengah2 and tepi tepi jalan tu dikelilingi dengan pondok2 antik. 


 kat pondok2 tulah tempat orang ramai makan. style kat pondok tu kita makan bersila, siap ada bantal, siap ada carpet, siap ada langsir, environment dia sejuk, nyaman. banyak pokok2, wahhh macam kat syurga. seronok sangat.  bila nak panggil waiter ada macam tempat ketuk2, lebih kurang angklung lah. aku pon ape lagi main2 lah angklung tu hahaha, then waiter pon datang. kami semua order makanan yang paling sedap. 


ni gula-gula kapas traditional.

Nasi ayam penyet, nasi campur sunda, nasi ayam panggang madu, nasi timbel bakar kampung daun, gurame goreng sambal cobek, nasi pepes.

 (poffertjes) 

Poffertjes ni diperbuat daripada tepung, dalam dia ada cheese, inti chocolate, ada rasa susu manis sikit, bila masukkan potjes ni dalam mulut fuhhhh sedap dia. tak terkata! bila chocolate dia pecah kat dalam mulut rasa nikmatnya Allah je tau.

 (colenak kampung daun)

sejenis tapai yang digoreng. semua cakap sedap aku sorang je cakap tak sedap. hahaha tapai ubi tu digoreng? bayangkan macam mana rasanya? korang cuba lah. hehe yang slacknya aku order air ice lemon tea. tak tertelan aku minum air ice lemon tea dorang. tea dia rasa macam bau bunga india yang putih tu. ala orang india selalu pakai bunga tuh. haa bau bunga tulah. aku takleh masuk minum air tuh. ice lemon tea dia jela yang spoil. 


Shopping kejap difactory outlet. Memang Bandung adalah syurga dunia untuk menghabiskan duit. Sebelum balik tu kitaorang singgah Paris Van Java. Tempat ni kira macam pavilion lah kat Malaysia. haa kat sini ramai artis2 indonesia lepak. malam kitaorang datang tu ada kumpulan wali band buat konsert. nak tau tak aku jumpa bawang merah. hehe Nia Ramadhani tu. hehe dia tengah makan dengan husband dia time tu. so kitaorang pandang dari jauh jela. takkan nak kacau kan. 


Shopping time! Destinasi kami terus ke pasar baru. pada sesiapa yang nak pergi shopping ke Bandung nanti, haa mai p pasar baru ni. bangunan pasar baru ni ada 7 tingkat! haa shopping la puas2 dari tingkat 1 hingga ke tingkat 7. semua murah! telekung tshirt blouse kasut beg.  macam2 jugak la kitaorang beli. memang tak cukup masa la nak pergi satu kedai ke satu kedai dalam masa sehari. aku borong tshirt yang mcm i love bandung tu. rm5 je tau tak. borong kain ela. fuh kain dia cantik2. sulam2. hok yang ada pure batik tu murah2 belaka. kain ela 4 meter dalam rm28 yang stok sulam manik kawkaw punya tu. kalau kat sini mau beratus. kain ela kat sana huish gila gila. rambang mata. kitaorang borong kain ela tu. hehe raya tahun ni tunggu lah siap lah baju kurung sulaman manik special from bandung. hehehe tak lupa jugak aku borong cover phone blackberry. yaAllah kat sini murah kot plus dia punya design cute comel, ada 1 tu macam bentuk roti serius real punya roti lembut dia rasa cam nak makan, padahal cover phone je. haha

kat pasar baru tu lebih dari 6 jam kitaorang spend time. tu pon nak pergi shopping tempat lain pulak, takut tak sempat nanti. yang paling bestnya kat bandung ni banyak gila factory outlet. tepi-tepi jalan je. factory outlet dia cantik kot. dari satu factory ke satu factory kitaorang pergi. nak tanggal lutut ni haaaa. tapi memang best.


 tengah memborong. :)

 kitaorang ada jugak pergi Toko Tiga. Toko Tiga factory outlet yang jual jenama levis hardrock semua tu. aku memborong lah apa lagi. hehehehe memang puas lah shopping kat sini sampai ke malam.



sebelum balik hotel kitaorang singgah pizza hut. aku cakap dekat pak supir. pak kamu pernah makan itu pizza? apa itu? kata dia. hmm camne eh nak bagi dia faham cakap aku. acik dok terangkan lebih lanjut. alaa pak itu pijjar, itu roti leper bulat atasnya kasi letak hotdog, ayam, sayur. ngerti ngak? ohhh iya2 ngerti. haha kamu pernah makan ngak itu pijjar? enggak pernah buk. saya mana mampu mau makan itu. seumur hidup enggak pernah jejak. kesian kan? betapa susahnya dorang. sebab tu lah dorang merantau ke negara kita nak cari duit.

first impression dari pak supir kitaorang dia cakap. wah aku enggak pernah masuk ini tempat, kaget rasanya. dingin nyaman yaa. kitaorang semua senyum je. aku nak bagi tau kat sini cewek2 and cowok2 yang kerja kat pizza hut mcdonalds kfc kat sini semuanya cantik2 and hensem2. pandai dorang pilih pekerja kan. serius semua nya macam ada darah kacukan. and yang paling paling paling bestnya pizza kat sini besarrrr. isi dia penuh. macam2 rasa ada. kalau kat sini topping tepi pizza kita ada 3jenis je kan? yang biasa, cheesy lava, and pan crust. tapi kat sana ada 6 jenis. tambah cheesy lava with black pepper, topping tepi tu dalam dia letak hotdog, style kan? dgn lagi satu aku lupa. aku pilih yang ada hotdog kat dalam tu. fuh bila sampai mak aih besar gila. gebu! hahaha puas lah kitaorang makan. sampai tak larat nak habiskan pizza tu. kitaorang tapau je bawak balik. esoknya dalam flight aku makan pizza dia still lembut, tak keras macam kat sini yang kalau simpan untuk esok confirm dah keras roti dia and tak sedap. tapi pizza indon sedap! aku tabik spring kat pizza dia! aku nak tanya korang, kalau family set kat sini dalam berapa ringgit? dalam rm150-200 kan? nak tau kat sana semua yang kitaorang makan tu harga dia cuma rm80. MURAH kan? MURAH kan?! :D 


 cuba tengok  betul2.kat tepi pizza tu kan besar semacamkan? haa dalam tu ada hotdog. :P


 ni environment restoran pizza kat sana. exclusive!

lepas makan kitaorang balik hotel. kaki pon dah penat masyaAllah. selonglai-longlainya. tak leh jadi ni ada yang cramp esok pagi ni kang.. aku pun apa lagi pergi kaunter cakap nak pergi spa kasi urut. wah wah wah. im like a baws u know! hehe makcik tu urut pergh syok gila. mula2  menjerit jugak lah aku. sakit gila kot. aku  sampai nak menangis dok tahan. aku cakap tante, kasi pelan-pelan ya. saya enggak sanggup dah ni.  perghh mula2 memang segala urat semua tegang. bila tante tu dah kasi betulkan balik segala urat2 aku yang bersimpang siur. barulah dah tak rasa sakit. urutan dorang memang best membuatkanku sehingga terlena. hahahha 


antara barang2 yang kami shopping. 










No comments:

Post a Comment