Sunday, April 3, 2011

am coming home.

Salam & Selamat Sejahtera y'all.
rasanya dah nak sebulan lebih saya tak update blog saya ni.
busy sangat sekarang ni, mgalahkan PM kita busynya.haha
so kat sini nak cerita sikit lah,
minggu lepas dalam pada kesibukan menyiapkan business plan, abang yaya kahwin then dia jemput budak2 kelas datang majlis dia tu. weeee first time aku pergi Felda Linggiu, Kota Tinggi. jauh nya yaAllah hai memang sakit badan duduk dalam kereta seharian. sampai2 je terus melantak, haha dah tak fikir apa dah. dalam masa sehari kita orang pekena cendol + nasi beriyani + kari lembu + durian + maggi goreng + mee goreng mamak + roti canai. fuhhh memang stok membesarkan badan dan menternak lemak yang dah sedia ada berkilo-kilo bertan-tan ni. hahahahaa
yang kat bawah ni gambar anak buah yaya. comel gila kan. aku nampak je dia terus dukung cium-cium pipi dia. comelll tak terkataaaaa!!! hei geyaammmm. hahaha

alolololololololololorhhh tomeyynyeee die. . . hehehe ^^




lepas je balik dari rumah yaya, bermula lah perjuangan kitaorang menyiapkan report dalam masa seminggu. memang tak tido malam, menyiapkan semua benda alah tu. aku bahagian financial. so selagi dorang tak siap aku tak leh nak kira budget business plan kitaorang, kena tunggu dorang siap dah amek masa, then aku nak buat balance sheet, income statement, pro forma, implementation cost, and banyak lagi haa memang haru..
alhamdullilah, hari jumaat tu habis 1 azab iaitu business plan entrepreneurship ni and all the presentation. bersyukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kawan-kawanku kerana korang lah kita semua dapat siapkan report dengan berjaya. hope sem 6 ni kita semua dean's list ok. insyaAllah itulah yang kita harapkan selama ni.
video selling yang memang kaw2 aku edit. (kaw ke? xkaw kot bese je) hahahaha lawak sungguh member2 aku berlakon dah boleh la jadi pelakon tambahan kat mana2 drama.


muka penat muka penat.hahah
tak tido malam kot. memang penat ya amatt. tapi still lagi ayu dengan senyumanku.hahaa
(perasan2)


phewwiiiit pheeewiiiiittttt
ni lah group aku. yeahhh. hahaa
do you want eat here or take away? dinner plate or snack plate?hahahhaa
dah macam pekerja kepsi dah.
fyi kitaorang buat business pasal sos. so si wawa pergi carik baju yang ada kaitan dengan sos
iaitu warna merah. disebabkan dah tak tahu nak pilih mana satu, si wawa ni pun amek jelah.
sekali aku tengok dah macam pizza hut ke kfc ke mcd punya baju daaa?
layannnnnnn.hahaha


oh yang pakai baju bunga2 tu lah lecturer saya. Puan Roha. dia memang bestt! yang sebelah dia tu panel kami. dia yang menilai presentation kami untuk pagi tu.


by the way mr. lappy merajuk dengan saya, macam2 hal dia buat sekarang ni, kenapa ngan awak mr. lappy? awak dah tak sayang saya lagi ke? please be nice to me. awak kan tak pernah buat hal, kenapa time sekarang ni buat hal? time saya memang perlukan awak, saya tak tahu apa kena dah dengan awak. tolong ye jangan meragam yang bukan2. saya tak tahu nak fixed kan awak. selalu dia yang buat. awak baik kan mr. lappy awak sayang saya kan ;)


hari tu sempat la jugak celebrate birthday si wawe, aub ngan famy.
kenangan kita semua kat cabin tu. buat ketupat pasal Jalor.hahaha
orangnya ramai, kek nye ciput jee.hahaha
terpaksalah share sikit-sikit.


kek yang kat bawah ni besar sikit sebab collect duit banyak sikit dari yang kat atas tu.hahaha


gambar kat bawah ni pulak time kitaorang pergi trip ke nasuha herbs, pagoh.
kat situ kitaorang kena minum air teh herba, peh tawar sey. hahaha semua minum sikit je.



dah macam budak sekolah balik dari sekolah naik bus sekolah.hehe


yang ni kerja gila aku ngan wawa. tengah siapkan assignment kat library.
pening gila time ni buat assignment macam buat thesis for degree. padahal report for research method je kot. belum buat thesis yg sebenar, tapi seriously, kitaorang rasa part 6 ni la assignment yang paling tough kitaorang dapat. penatt sangat. lepas satu satu assignment.
aiyooo dah nama part 6 kan, takkan la nak buat kerja macam part 1. T__T


aku ngan mak jan (bukan nama sebenar)
dayah (nama sebenar)
gambar yang ni ramai orang cakap aku macam cina masuk islam.
macam2 peel dorang ni. yang pasti aku tulen melayu berdarah kacukan jawa. hahaha
so sopo-sopo arek ngomong jowo sama aku, boleh la ngomong yo. aku reti sitik-sitik waehh.
hahahahahahah

gambar ni paling style. tengok lighting dia. hahaha
ni sume trick camera je.
timeni berjalan-jalan diwaktu malam dibawah bulan purnama.
oh nampak perut aku buncit sedikit.. haa lantaklah,hahaha
yang penting aku nak tunjuk lighting dia je.

ni lah adik bilik saya yang paling nakal and the only one sepanjang saya kat kolej mutiara ni.
ngade-ngade, manja-manja, gedik-gedik, haa ni lah dia Eyza Shazali.
hehehe.
awak masuk je bilik 217 ni, terus saya happy. and selalu stay kat bilik, dah tak tido bilik kak arda dah macam dulu.hehehe lantak lah orang nak cakap kita ape, sebenarnya dorang jeles
tengok kita rapat, borak sama2, gelak sama2. pasni akak dah tak duduk bilik 217 lagi,
hope awak jaga diri elok2 ye. jangan nakal-nakal sangat time akak takde nanti.
love you dear ;) muahhhhhxx!


1 comment:

  1. I LOVE u kak TENTEN Nazirah !!! XoXoXoXo :'))



    Ps/ I tak gedik n nakal ok ( I think) :p

    ReplyDelete