Saturday, February 19, 2011

Travelog Cinta Abadi


Assalamualaikum & Hye Semua.
Its been awhile i'm not updating my blog right?
well been busy with study, assignment and all those things.
pagi tadi bangun awal sebab nak pergi talk Pn. Roza.
Pn. Roza is my International Business's lecturer.
talk dia tentang "Cabaran Wanita Mencari Cinta Abadi, Redha Illahi"
mula2 sebenarnya tak tahu pun tajuk dia punya talk, time dalam class semalam
puan cakap
"ok class, u are compulsory to attend my talk at DK ( dewan kayangan )"
" 9.00 a.m"
aku ajak gang aku semua taknak except Dayah ngan Pqa.
si Wawa nak handle dia punya badminton : SUKOL (sukan kolej)
padahal puan dah cakap compulsory tu, sekali tengok yg datang pagi td untuk class aku
hanya aku, Dayah ngan Pqa. hampeh tol masing2. ok berbalik kepada talk Pn. Roza.
dia cerita lah tentang diri dia macam mana dia dapat cinta abadi, pengalaman dia dari kecil sampai sekarang.
ni aku nak cerita sikit lah apa yang dia cerita kat talk dia tadi.

dulu time kat sekolah cikgu mesti tanya anak murid masing2 ok kamu nanti dah besar nak jadi apa? kawan2 dia semua cakap nak jadi cikgu lah jadi nurse lah jadi polis lah, macam2 lah. bila sampai kat Pn. Roza dia cakap cita-cita saya nak melancong ke luar negara. semua orang kat dalam class tu ketawa, cikgu dia cakap kamu ni keluar ke Bandar Segamat pun setahun sekali ada hati nak pergi ke luarnegara. (fyi Pn. Roza anak jati Segamat) tengok lah betapa susahnya dia sampai nak pergi bandar pun setahun sekali sebab nak beli baju raya. then cikgu dia cakap kalau kamu nak ke luar negara kamu kena lah jadi pandai. kalau kamu pandai nanti kamu dapat pergi sana. pastu dalam hati puan tu berkata: TAKPE2. korang gelakkan aku yew. tapi aku tak pandai macam mana aku nak pergi ke luar negara. . . . yaAllah andai aku tak pandai, kau kahwinkan lah aku dengan orang yang boleh bawak aku ke luar negara. hehehehe

terlintas kat fikiran dia sampai macam tu.
then alhamdullilah sekarang puan dah pergi merata2 negara.
tengok gambar dia tunjuk tadi wahhhhh seronoknyeee!
suami puan mantan Pengarah UiTM Johor, Prof. Kamil.
alaa Prof yang comel2 tu.hehe

then ada lagi 1 yang aku nak share tentang puan.

sebelum puan jd pensyarah puan ada kerja kat 1 tempat telecommunication.
then dia kerja kat sini, suami dia kerja kat sarawak, so selama setahun kot rasanya dia berpisah ngan suami dia, then dia cakap kat bos dia suruh hantar dia kat sarawak, kerja kat sana.
time tu kat sarawak takde branch untuk telecommunication tu lagi, then bos dia hantar ke sana and bangunkan syarikat telecommunication tu yang memang ZERO bangunan tu. takde pape.
tu lah cabaran yang terpaksa dia tempuh. nak dekat ngan suami tapi kena kerja lebih.
bila dah ok semua kat sarawak tu sampai puan jadi General Manager.
dia takeover semua syarikat telecommunication kat area Sarawak tu.
tiba2 1 hari suami dia cakap kat dia:
"yang, saya nak sambung Phd kat UK lah"
alaaamakkk! macam mana ni.
"kalau tak nak ikut takpe, saya bawak orang lain yg nak ikut.hehe"
puan fikir punya fikir yelah kan mana sanggup nak tinggalkan suami pergi sorang2,
kalau aku ikut suami aku, aku terpaksa berhenti kerja
gaji aku sekarang lebih besar dari gaji dia! (perasaan ego tu timbul dalam diri dia.)
dia minta kat Allah macam mana dia nak buat ni.
last2 dia ikut suami dia pergi UK.
dia tinggalkan kerja dia as a GM tu.
pergorbanan seorang isteri terhadap suami. tsk tsk tsk ;)
tersentuh hati aku mendengar dia bercerita.
bila kat UK pulak kena survive sebab time tu recession berlaku kat Malaysia. tahun 1996.
currency kita kan sikit, currency dorang banyak. so kat situ puan ngan suami dia memang kena survive betul2 sampai kerja kupas kulit bawang kat restoran. ;(


so itulah serba sedikit kisah2 puan yang puan cerita kat kitaorang td.
kalau korang nak tau kisah2 puan belilah buku dia.
:) harap korang semua seronok membaca tentang post aku kali ni.


aku beli buku puan. :)



2 comments:

  1. seronok...tapi malas nk baca buku..klu aku join talk die pon best gak

    ReplyDelete
  2. best da. sampai tersentuh hati aku bila dia doa untuk semua org time dlm dwn tuh. alaa klu ko nk pinjam buku aku pinjam lah.

    ReplyDelete