Monday, November 22, 2010

bersonang lenang

dah lebih kurang seminggu lebih duduk kat rumah ni bersenang lenang tanpa perlu fikirkan exam,assignment,projek dan duit yg perlu keluar secara bertubi-tubi siang dan malam untuk makan, minum, petrol, dan segala yg perlu dibayar sendiri.hee

tapi perasaan bosan bertubi-tubi pulak yg menghantui diri sendiri apabila takde buat ape-ape kat rumah. risau lemak-lemak akan berpindah semula ke bontot dan menetap di paha dan pinggang serta lengan. Oh jangan laa.. jangan la ini terjadi.
si ibu yg beriya meminta si anak berjogging tiap-tiap hari masih lagi diendahkan begitu sahaja. ye kuasa malas itu sentiasa ade.

selama kat rumah ni tak berjumpa lagi dengan En.Kekanda. sibuk dengan praktikal sampai tiada masa yg sesuai untuk berjumpa. dapat tengok muka kat skype pun jadilah, tapi xrasa best bila jumpa depan-depan.

En.Kekanda, bila kita nk berjumpa ni?? dah nk dekat 2 bulan kita tak berjumpa.. nanti bila jumpa aku tak mo la dia terkejut tengok aku membesar dengan hebat =.="



mesti kurangkan waktu bersenang lenang la macam ni. mesti halau lemak-lemak dan nafsu makan ni.huhu

No comments:

Post a Comment